Pihak berkuasa Rusia menahan seorang remaja warga Rusia yang memuat naik gambar dirinya berpakaian taktikal, penutup muka, topi, cermin mata hitam dan fon kepala sambil memegang objek menyerupai senjata automatik.MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) menahan seorang remaja selepas memuat naik video di TikTok yang mengandungi ancaman melakukan jenayah di Taman Tsaritsyno, Moscow, lapor Agensi Berita Rusia.

FSB memaklumkan siasatan dijalankan dengan kerjasama Pengawal Kebangsaan Rusia, Kementerian Dalam Negeri dan Jawatankuasa Siasatan susulan maklumat diterima daripada agensi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat (AS) berhubung persiapan serangan pengganas di Muzium Tsaritsyno, Moscow.