Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata penyertaan pembida bergantung kepada minat dan kesediaan pihak yang memenuhi syarat lelongan.GEORGE TOWN: Kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) untuk mengadakan lelongan semula tanah kira-kira 2.43 hektar di Jalan Peter Paul Dason berhampiran Persiaran Gurney di sini yang gagal mendapat pembida sebelum ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata lelongan pertama September lalu diadakan atas permintaan syarikat berkenaan ketika itu yang memerlukan aliran tunai bagi membiayai baki kerja pembinaan Projek Lebuhraya Pakej 2, iaitu Jalan Pintasan dari Bandar Baru Ayer Itam (Farlim) ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.







