BEIJING: Wakil media China dan antarabangsa yang menghadiri Sidang Kemuncak Media Dunia (WMS) Ke-7 di Beijing, semalam, menggesa dialog dan kerjasama lebih erat diadakan bagi menangani cabaran keselamatan global serta menggalakkan pembangunan bersama, lapor Xinhua.
Sebuah forum mengenai pemerkasaan media pintar diadakan sempena sidang kemuncak itu, yang menghimpun peserta bagi membincangkan cara media memanfaatkan teknologi canggih, membina kesepakatan dan menyumbang kepada keselamatan global serta pembangunan bersama.
Timbalan Ketua Pengarang Agensi Berita Xinhua, Ren Weidong, dalam ucapannya berkata organisasi media tidak sepatutnya sekadar menjadi pemerhati dalam menghadapi cabaran keselamatan global, sebaliknya perlu berusaha memikul tanggungjawab masing-masing.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F06%2F928fd4e2c958876f8908aa803745561e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)