Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata DAP patut fokus selesai isu dalaman sendiri manakala Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan menegaskan MCA tidak akan tunduk kepada provokasi DAP dan akan terus mempertahankan semangat muafakat BN.PETALING JAYA: Dua pemimpin MCA meminta DAP tidak menjadi batu api dengan mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu agihan kerusi pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata BN mempunyai mekanisme sendiri untuk menyelesaikan isu itu manakala Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan menegaskan bahawa MCA tidak memerlukan DAP untuk mengajar parti itu mempertahankan prinsip atau menentukan hala tuju politiknya.