Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman. (Gambar Facebook)CHUKAI: Seorang kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) maut selepas disengat lebah ketika mengambil madu di kawasan ladang milik agensi berkenaan di Ayer Putih dekat sini semalam.

Ketua Polis Kemaman, Mohd Razi Rosli berkata kejadian pada 9.50 pagi itu berlaku ketika mangsa Hafizul Mat, 40, yang bekerja sebagai pembantu am bersama seorang rakan sekerjanya berada di Mardi Cawangan Kemaman.

“Rakan sekerja mangsa yang berusia 44 tahun menasihatinya supaya tidak mengambil madu berkenaan kerana sarang lebah itu berada di atas pokok kering setinggi kira-kira tiga meter, namun mangsa berkeras untuk meneruskan hasratnya.