Jabatan Pendidikan Sarawak berkata penutupan turut terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200. (Gambar Bernama)KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di Tebedu, Serian, akan ditutup sementara esok berikutan keadaan jerebu, berdasarkan pemantauan berterusan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan penutupan pada Isnin itu membabitkan sebuah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah di bawah seliaan jabatan berkenaan.
“Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR),” menurut kenyataan itu.







%2Ffile%2Fattachments%2F888%2Fimage_970073.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
