Melaka: Barisan Nasional (BN) Melaka berjaya melaksanakan 97 peratus janji manifesto yang ditawarkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu kata pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, kejayaan itu dijadikan asas kepada kerajaan negeri dalam menilai pencapaian serta keberkesanan setiap tawaran yang dikemukakan kepada rakyat bagi PRN kali ini.

Katanya, pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap janji ketika pilihan raya bukan sekadar tawaran politik, sebaliknya diterjemahkan menerusi pelaksanaan yang telus dan bertanggungjawab.

"Sebagai rekod, berdasarkan rumusan semakan manifesto terdahulu bagi tempoh 2021 hingga 2026, kita sudah pun melaksanakan 97 peratus janji manifesto pada pilihan raya lalu.