Kuala Lumpur: Perjalanan beregu lelaki profesional negara, Chia Wei Jie-Teo Ee Yi di Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2026 terhenti di suku akhir selepas tunduk kepada pasangan pilihan kelima dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan, sebentar tadi.
Gandingan negara itu tewas 17-21, 18-21 kepada bekas juara dunia berkenaan, namun tetap memberikan tentangan sengit terutama pada set kedua ketika cuba mengheret perlawanan ke set penentuan.
Walaupun terkandas, pencapaian mara ke kelompok lapan terbaik kejohanan berstatus Super 500 itu cukup bermakna apabila menjadi penampilan suku akhir pertama mereka pada tahap berkenaan sejak mula bergandingan pada Mei lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpodcast24234_100725.png&w=480&output=webp&q=85&we)
