Kuala Lumpur: Kesemua keluarga kepada 54 mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lepas akan menerima bantuan wang sekali beri sebanyak RM10,000 menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata bantuan itu diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

"Kami telah berbincang panjang di Kabinet dan Perdana Menteri telah putuskan pembayaran sekali beri RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir tetapi mereka perlu ikut seperti yang disenaraikan di bawah NADMA.

"Maksudnya ada giliran. Contoh, untuk isteri atau suami (keutamaan) pertama, kedua untuk ibu bapa, ketiga untuk anak-anak, kami akan keluarkan (senarai)," katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Deepavali Ke-24 Tahun 2026 di Stadium Bukit Jalil di sini hari ini.