Seramai 28 daripada 54 mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet didapati memenuhi syarat kelayakan caruman PERKESO, sekali gus melayakkan waris mereka menerima bayaran faedah berjumah RM174,000.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 daripada 54 mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos, memenuhi syarat kelayakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sekali gus melayakkan waris menerima faedah.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata bayaran keseluruhan berjumlah RM174,000 itu, meliputi bantuan kewangan segera sebanyak RM3,000 serta Faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan yang disalurkan kepada waris keluarga mangsa terbabit.
“Hari ini yang hadir 16 keluarga (daripada 28 keluarga yang layak). Saya memahami sehingga hari ini, keluarga masih berdepan ketidakpastian, mengenai nasib insan tersayang. Saya sedar, tiada bantuan dapat menggantikan kerisauan ini.









