54 rakyat Malaysia masih belum ditemui susulan tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu. (Gambar AFP)KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 daripada 54 mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos memenuhi syarat kelayakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sekali gus melayakkan waris menerima faedah.
Menteri Sumber Manusia R Ramanan, berkata bayaran keseluruhan berjumlah RM174,000 itu meliputi bantuan kewangan segera RM3,000 serta faedah pencen penakat di bawah skim keilatan yang disalurkan kepada waris keluarga mangsa terbabit.
“Hari ini yang hadir 16 keluarga (daripada 28 keluarga yang layak). Saya memahami sehingga hari ini, keluarga masih berdepan ketidakpastian, mengenai nasib insan tersayang. Saya sedar, tiada bantuan dapat menggantikan kerisauan ini.










