KUALA LUMPUR: Pengalaman berdepan gangguan mistik sehingga tubuh menanggung kesakitan luar biasa dan suara hampir hilang ketika mahu membuat persembahan membuatkan penyanyi, Ayu Damit, nekad tidak lagi menyertai pertandingan nyanyian.

Pernah mengharungi pentas One In A Million (OIAM) dan Gegar Vaganza (GV), Ayu mengakui pengalaman itu cukup menguji dirinya, sekali gus membuatkan dia mahu memberi tumpuan kepada perjalanan seni tanpa perlu bersaing dalam pertandingan.

Sebaliknya, penyanyi itu kini mahu memberi perhatian kepada bidang pertanian yang diusahakan bersama suami, selain menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

"Rasanya untuk saya menyertai pertandingan, tidak. Cukuplah. Stres adalah satu perkara. Banyak benda yang nak kena fikir. Lebih baik buat haluan sama saja sebab saya pun tengah fokus belajar sekarang.