Lusail: Pencabar kejuaraan dunia MotoGP, Jorge Martin disahkan cergas untuk mencuba kemunculan semula kali kedua selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan ketika Grand Prix (GP) Australia di Phillip Island, pada perlumbaan di Qatar hujung minggu ini.

Pelumba pasukan utama Aprilia itu mengalami keretakan tulang radius kanan selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan pecut di Phillip Island dua minggu lalu.

Martin mendapat lampu hijau selepas menjalani pemeriksaan perubatan pada hari ini.

"Jorge Martin sudah selesai menjalani pemeriksaan perubatannya mengikut protokol baharu. Dia kekal cergas sejak GP Malaysia," menurut kenyataan Aprilia.