SEPANG: Pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin diberi lampu hijau meneruskan saingan Grand Prix (GP) Malaysia selepas disahkan cergas untuk beraksi sepanjang minggu perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
MotoGP memaklumkan juara dunia 2024 itu menjalani pemeriksaan perubatan semalam dan diberikan kebenaran untuk turun ke litar pada sesi latihan bebas pertama (FP1) hari ini, sebelum perlu melakukan pemeriksaan lanjut.
Martin melengkapkan 12 pusingan pada FP1 dan mencatat masa ke-20 terpantas pada sesi yang diungguli oleh pendahulu kejuaraan MotoGP dari Ducati, Marc Marquez dengan catatan masa 1 minit 58.912 saat.
Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi dan pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas.








