KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Hong Kong dikenal pasti sebagai dalang sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang merekrut rakyat Malaysia berdepan masalah kewangan untuk menyeludup kokain ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata suspek mempunyai hubungan dengan sindiket dadah di Thailand dan bertanggungjawab mengatur penghantaran kokain ke Indonesia, Hong Kong serta Jepun.
Beliau berkata, suspek ditahan semalam hasil risikan yang diperoleh menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia.
Polis turut merampas 450 gram kokain disyaki dadah serta dua pasang kasut yang dipercayai disediakan untuk digunakan oleh keldai dadah.









