LONDON: Arne Slot dipecat Liverpool pada hari yang sama dengan berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2026, hanya setahun selepas membimbing pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas kontraknya ditamatkan, Slot berkata hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Liverpool 'lebih daripada sekadar bola sepak' sambil menegaskan 'saya meninggalkan kelab ini dengan keyakinan penuh terhadap apa yang menanti pada masa hadapan."
Bagaimanapun, pengendali dari Belanda itu tidak tergesa-gesa untuk kembali ke bangku kejurulatihan.
Sebaliknya, beliau kini bekerjasama dengan Kumpulan Pemerhati Teknikal Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) bagi perlawanan Liga Juara-Juara dengan meneliti aksi serta menghasilkan laporan teknikal terperinci berkaitan kejurulatihan dan taktikal.








