Seremban : Peningkatan membimbangkan penyakit tidak berjangkit (NCD) mencetuskan kerjasama strategik antara Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) dan ALPRO Pharmacy menerusi pelancaran inisiatif MIRAI Living.
Langkah korporat yang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat ALPRO di sini baru-baru ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat di rumah, tempat kerja, sekolah dan dalam komuniti.
Kerjasama itu disifatkan tepat pada masanya berpandukan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang melaporkan kira-kira 15.6 peratus atau seorang daripada setiap enam orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.
Lebih membimbangkan, dapatan NHMS 2025 turut menunjukkan sebanyak 39.1 peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas menghidap penyakit berkenaan.









