KAJANG: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi, dilihat kembali semula ke Penjara Kajang di sini, malam ini.

Konvoi termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 kelabu yang membawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tiba di kompleks penjara berkenaan dengan kenderaan pengiring Jabatan Penjara Malaysia pada jam 7.15 malam.

Lewat petang ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan berpendirian pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib wajar ditangguhkan sementara.

AGC berkata, penangguhan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.