Munich: Pembantu jurulatih Bayern Munich, Aaron Danks mengakui tidak sabar menantikan rehat antarabangsa minggu depan selepas mengharungi tempoh mencabar ketika mengambil alih tugas Vincent Kompany yang masih menjalani pemulihan akibat masalah kesihatan.
Danks diberi tanggungjawab mengendalikan skuad gergasi Bundesliga itu sejak Kompany rebah ketika sesi latihan pada 23 Oktober lalu sebelum dikejarkan ke hospital dan didiagnosis mengalami kerengsaan meninges.
Sejak mengambil alih tugas berkenaan, Danks berjaya membimbing Bayern mencatat tiga kemenangan dan satu keputusan seri dalam empat perlawanan, termasuk kemenangan 2-0 ke atas Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara serta membelasah Magdeburg 6-1 dalam saingan Piala Jerman.









