Kuala Lumpur : Ayam Brand melengkapkan inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran kempen #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan membabitkan 10 sekolah rendah di 10 negeri sekitar Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling, inisiatif berkenaan turut menyantuni lebih 700 penerima manfaat menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh negeri.

Katanya, program berasaskan sekolah ini menggabungkan pendidikan pemakanan, aktiviti penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat pemakanan lebih sihat serta memahami kepentingan menjaga alam sekitar.

"Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membuat pilihan lebih baik dalam kehidupan seharian.