KUALA LUMPUR: Ayam Brand melengkapkan program tanggungjawab sosial korporat #AyamBersamaMu: Bekal Sihat Masa Depan membabitkan 10 sekolah rendah di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling, berkata inisiatif itu turut memberi manfaat kepada lebih 700 penerima menerusi sumbangan makanan kepada 20 rumah anak yatim dan rumah kebajikan.
Program berasaskan sekolah berkenaan menggabungkan pendidikan pemakanan, penyediaan makanan secara praktikal dan amalan kelestarian bagi membantu murid membentuk tabiat lebih sihat.
"Melalui aktiviti ini, murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran praktikal untuk membuat pilihan yang lebih baik dalam kehidupan seharian," katanya dalam satu kenyataan.









%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Ffoto_malaysiakini_1000x600_230028.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)