KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,176 kekosongan jawatan pemandu kenderaan, termasuk ambulans sedang dihadapi ketika ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Keadaan itu yang meningkatkan beban tugas kepada pemandu sedia ada dalam KKM itu dijangka berterusan untuk tempoh enam bulan lagi iaitu sehingga April tahun depan.

Kekurangan pemandu itu dialami KKM berpunca kelewatan pengisian perjawatan Pembantu Khidmat Am (Pemanduan) ekoran penangguhan sementara urusan pengambilan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 2024.

KKM menjelaskan, penangguhan terbabit dibuat bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu.