Kementerian Kesihatan menjangkakan kekurangan pemandu kenderaan, termasuk ambulans berterusan sehingga April depan.PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) kekurangan 1,176 pemandu kenderaan, termasuk ambulans yang dijangka berterusan selama enam bulan sehingga April depan.
Hanya 7,687 daripada 8,863 jawatan pembantu khidmat am (Pemanduan) diisi setakat 30 Sept lalu, dengan kekosongan jawatan paling tinggi direkodkan di Semenanjung Malaysia, iaitu 1,003 pemandu, disusuli Sarawak (92), Sabah (73) dan Labuan (8).
Kekurangan pemandu itu akibat kelewatan pengisian perjawatan pembantu khidmat am (Pemanduan) susulan penangguhan sementara urusan pengambilan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 2024.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F04%2F3c7bd034e80103c873050ec449021434.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)