KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, TRC Construction Sdn Bhd (TRC) bersama rakan usaha sama (JV) terdiri daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan Ufuk Semarak Sdn Bhd (UFUK) dikenali sebagai CCCC-TRC-UFUK JV memperoleh kontrak kerja bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion.
Syarikat pembinaan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa kontrak itu merangkumi reka bentuk, pembinaan dan penyiapan jejambat merentasi laut termasuk rentang bagi laluan navigasi, sebuah stesen bertingkat serta kerja-kerja lain yang berkaitan dari Macallum ke Penang Sentral.
"Tempoh kontrak ini adalah selama lima tahun. Ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan mahupun pegangan saham pemegang saham utama syarikat.









