Kuala Lumpur: Mangsa banjir digesa supaya tidak terburu-buru dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran sindiket 'ulat tunda' yang sering mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan sewaktu situasi kecemasan.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Chua Kim Soon berkata, sindiket itu menggunakan taktik muncul awal di lokasi banjir dipercayai untuk mendesak pemilik kenderaan yang terjejas menandatangani dokumen persetujuan penundaan.
Beliau berkata, taktik itu akhirnya mengikat mangsa dengan caj perkhidmatan yang melampau atau pemindahan kenderaan ke bengkel tidak berdaftar.
"Sehubungan itu, PIAM menasihatkan pemilik kenderaan yang terjejas supaya tidak menandatangani sebarang dokumen di lokasi kejadian tanpa membuat pengesahan rasmi.








%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Ffoto_malaysiakini_1000x600_230028.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

