JOHOR BAHRU : Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah bangunan kediaman di bandar raya ini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 7.30 pagi.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) tiba di lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan HSA mendapati mangsa disahkan meninggal dunia pada jam kira-kira 8.08 pagi.