KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul dalam video Deepavali bersama pencipta kandungan Devaraj David, dengan memberi nasihat supaya sayangi ibu dan pulang kampung sempena perayaan itu.
Menerusi video dua minit 23 saat itu, Devaraj yang berdepan masalah bateri kereta mati di tengah jalan, menelefon ibunya ibunya menyatakan alasan tidak mahu balik kampung kerana disuruh berkahwin.
Anwar kemudian membuat penampilan dengan lagak seorang ketua dengan bertanyakan kenapa pemuda itu marah-marah.
Devaraj menceritakan kepada Anwar mengenai ibunya sering mengingatkannya supaya pulang ke kampung sempena Deepavali, selain mendesaknya supaya berkahwin.








