HAT YAI (THAILAND): Kebimbangan terhadap kemungkinan banjir berulang seperti tahun lalu menyebabkan tempahan hotel di Hat Yai dan Songkhla bagi musim cuti akhir tahun suram apabila ramai pelancong, terutama dari Malaysia memilih menangguhkan keputusan bercuti ke bandar itu.

Presiden Persatuan Hotel Hat Yai-Songkhla, Dr. Sittipong Sittipatprapha berkata, tempahan awal bagi November dan Disember kini lebih rendah daripada jangkaan biasa berikutan kebimbangan bakal pengunjung terhadap risiko banjir.

Katanya, keadaan itu berbeza daripada kebiasaan apabila pelancong Malaysia sepatutnya sudah mula membuat tempahan lebih awal bagi menikmati cuti akhir tahun di destinasi berke­naan.

“Pada tahun ini, ramai bakal pengunjung masih bimbang tentang kemungkinan berlakunya banjir, menyebabkan mereka membuat keputusan menangguhkan tempahan.