JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana menggajikan seorang pekerja lelaki warga Pakistan tanpa permit pekerjaan sah, bulan lalu.
Tertuduh, N. Vigneswaran, 44, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah dihadapan Majistret, Nur Zihan Abdul Rehman.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mengambil seorang pekerja lelaki warga Pakistan, Adnan Khan, 34, tanpa permit sah di sebuah klinik di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram di sini kira-kira 1.44 pagi pada 18 Oktober lalu.








