KUALA SELANGOR: "Kemajuan yang dibawa syarikat pemaju hartanah menyebabkan penduduk mendapat musibah," dakwa Pengerusi Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, Dr Masrur Mohd Khir.

Masrur berkata, beliau yang memegang jawatan berkenaan pada Januari lalu tidak menyangka masjid itu sudah tujuh kali ditenggelami banjir lumpur dengan yang terburuk pada Disember 2021.

Beliau mendakwa, pembangunan kawasan sekitar, khususnya pembinaan pusat beli-belah dan jalan yang semakin rancak membuatkan kedudukan rumah ibadah itu semakin rendah dan terdedah kepada banjir.

"Di depan dan belakang masjid ada pembangunan sehinggakan kami rasa ia sangat dekat dan seolah tiada 'buffer zone'.