Kuala Selangor: "Walaupun air sudah surut, kami tetap bersedia menghadapi kemungkinan banjir berlaku sekali lagi," kata Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid At-Taufiqiah, Bandar Seri Coalfields, Hasan Md Rasol, 62.
Hasan berkata, pihak pengurusan masjid sudah membersihkan ruang solat utama pada jam 9 malam tadi bagi membolehkannya digunakan untuk solat Subuh hari ini.
Katanya, ruang legar masjid dibersihkan secara gotong-royong dan dibantu pelbagai pihak termasuk Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan pihak Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).
"Ketika ini hujan lebat, kami harap air sungai di belakang masjid ini tidak naik lagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.








