KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menggesa golongan akauntan dan profesional kewangan supaya menguasai pelbagai bidang, memandangkan kesan positif dan negatif kecerdasan buatan (AI) semakin ketara dan dijangka terus menjadi perhatian pemimpin kewangan pada tahun-tahun akan datang.
Beliau berkata, AI akan mengambil alih sebahagian tugas akauntan yang kurang kompleks, namun pada masa sama berkemungkinan mewujudkan pekerjaan baharu yang memerlukan pertimbangan manusia yang lebih mendalam, kurang bergantung pada kemahiran teknikal dan lebih menekankan pembuatan keputusan berasaskan nilai.
"Dalam konteks inilah saya berpendapat bahawa Malaysia perlu memberikan tumpuan kepada 'tiga kedudukan pertengahan' dalam mengharungi era yang semakin kompleks dan kurang naif ini.









