GEORGETOWN: Cadangan penubuhan Pusat Teknologi Kewangan Pulau Pinang (PTFC) berpotensi menyumbang RM12.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menyokong lebih 71,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 15 tahun, tertakluk pelaksanaan dan pencapaian unjuran pelaburan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata PTFC dicadangkan bagi melengkapkan kekuatan industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor Pulau Pinang menerusi penyediaan kemudahan pembiayaan yang memenuhi keperluan syarikat tempatan.
"Hala tujunya adalah menyokong peralihan daripada konsep 'Made in Malaysia' kepada 'Made by Malaysia' melalui pembangunan serta pemilikan teknologi dan harta intelek tempatan.
"PTFC akan memberi tumpuan kepada pembiayaan, teknologi mendalam, modal teroka, ekuiti persendirian dan rantaian bekalan dengan menggembleng modal domestik serta antarabangsa.









