PETALING JAYA: Bekas isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian Allahyarhamah yang berusia 70 tahun dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Najib hari ini.

Menurut hantaran itu, Allahyarhamah pernah menjadi individu yang penting dalam perjalanan hidup bekas Perdana Menteri itu selain merupakan ibu kepada anak-anak mereka.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin menyampaikan berita pemergian Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar, bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Razak, yang telah kembali ke rahmatullah.