PETALING JAYA : Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih bertugas selagi belum menerima surat atau arahan rasmi berhubung keputusan mengembalikannya ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Salah seorang peguam yang mewakilinya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya masih mempunyai kuasa untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pengarah selagi proses pertukaran penempatan itu belum dimuktamadkan.

Menurutnya, Mohd. Shuhaily juga terus menjalankan tugas seperti biasa termasuk mempengerusikan mesyuarat agensi berkenaan.

“Beliau masih belum menerima sebarang arahan atau surat rasmi. Jadi, beliau menjalankan tugas kerana masih mempunyai kuasa sebagai ketua pengarah.