Minas Gerais, Brazil: Satu rekod dunia baharu tercipta apabila seramai 51 pemain dan pegawai pasukan dilayangkan kad merah dalam perlawanan bola sepak bawah 20 tahun (B-20) di Brazil, kelmarin.
Insiden itu berlaku pada separuh masa kedua aksi separuh akhir kejohanan tempatan B-20 di Minas Gerais, apabila pergaduhan besar tercetus selepas Mamoré mendahului Uberlândia 3-1.
Dalam tempoh beberapa minit selepas kejadian, pengadil Fernando Patrick Drosghic Modesto melayangkan kad merah kepada 40 pemain dan lapan pegawai pasukan, berdasarkan laporan perlawanan.
Tiga pemain lain sudah dilayangkan kad merah lebih awal dalam perlawanan berkenaan.








