Key takeaways
Muhammad Amzar Hakim, 17, pelajar SMA Darul Falah di Kuala Sungai Baru, membantu ibunya yang lumpuh separuh badan dengan mengangkatnya dan melakukan kerja rumah. Dia pulang dari asrama setiap dua minggu atau sebulan sekali untuk menjaga ibunya, Marziawati Mahfar, 47.
- Muhammad Amzar Hakim tinggal di asrama dan pulang ke rumah setiap dua minggu atau sebulan sekali.
- Ibunya, Marziawati Mahfar, 47, lumpuh separuh badan dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.
- Video yang dikongsi di TikTok oleh ibunya mendapat perhatian dan pujian daripada warganet.
- Muhammad Amzar Hakim merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan satu-satunya anak lelaki.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Masjid Tanah: Meskipun masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, Muhammad Amzar Hakim Nuurul Azmi tidak pernah lelah membantu memudahkan urusan ibunya yang lumpuh separuh badan bila ada kelapangan.
Kesungguhan Muhammad Amzar Hakim, 17, menjaga syurganya itu mendapat perhatian dan pujian warganet selepas ibunya, Marziawati Mahfar, 47, berkongsi video di TikTok.
Menerusi perkongsian berkenaan, Muhammad Amzar Hakim membantu dan ada waktunya mengangkatnya yang tidak dapat berjalan dan bergerak sepenuhnya menggunakan kerusi roda.
Berkongsi kisah itu, Muhammad Amzar Hakim berkata, apa yang dilakukan tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih sayang dicurahkan ibu terhadapnya.