JAKARTA: Polis Indonesia menamakan seorang lagi pegawai kanan - individu keempat, setakat ini - sebagai suspek dalam kes dakwaan pemantauan komunikasi telefon (wiretapping) terhadap Presiden, Prabowo Subianto.
Tindakan itu diambil tatkala pihak berkuasa terus menyiasat motif di sebalik skandal yang telah mendedahkan keretakan hubungan yang semakin mendalam antara Prabowo dengan bekas Presiden, Joko Widodo atau Jokowi.
Kes itu menambah tekanan ke atas Prabowo ketika ketidakpuasan hati orang ramai semakin meningkat terhadap dasar-dasar populisnya yang menelan kos tinggi, selain penurunan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Indonesia yang bernilai AS$1.5 trilion
Pada sidang media, lewat semalam, polis menamakan pegawai kanan penguat kuasa undang-undang dikenali dengan panggilan 'SU' sebagai suspek baharu.










