MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka optimis sektor pertanian di negeri ini mampu diperkasakan menerusi pembabitan lebih ramai golongan muda, selaras dengan aspirasi gabungan itu menerusi manifesto Aspirasi Melaka Rumah Kita.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata usaha itu boleh direalisasikan dengan mengusahakan tanah terbiar untuk kegiatan pertanian sekali gus meningkatkan sosioekonomi rakyat.
"Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan (JPPH) hari ini mengetengahkan usaha memanfaatkan tanah terbiar untuk kegiatan ekonomi dan pertanian moden menerusi Aspirasi Melaka Rumah Kita.
"Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan keluasan kawasan bertanam di Melaka sebanyak 77,965 hektar.









