Key takeaways
Sekolah Rendah Bilsdale Midcable Chopgate Church of England di North Yorkshire, Britain, bakal ditutup kerana hanya mempunyai lapan murid dan menghadapi tekanan kewangan yang tinggi.
- Sekolah tersebut mula beroperasi pada tahun 1909 dan mempunyai kapasiti untuk 48 orang pelajar.
- Empat murid dijangka menamatkan pengajian pada September 2027, menyebabkan jumlah murid semakin berkurangan.
- Pengurusan menyatakan mustahil untuk terus beroperasi dengan bilangan murid sedia ada dan sukar menarik kemasukan baharu.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
LONDON – Sebuah sekolah digelar terkecil di Britain bakal ditutup selepas bilangan muridnya mencecah cuma lapan orang, lapor akhbar The Sun UK.
Sekolah Rendah Bilsdale Midcable Chopgate Church of England yang terletak berhampiran Stokesley, North Yorkshire itu mula beroperasi sejak 1909. Ia boleh menempatkan seramai 48 orang pelajar.
Sekolah berkenaan terpaksa menghentikan operasinya tidak lama lagi susulan penurunan bilangan murid serta tekanan kewangan yang semakin meningkat.
Institusi tersebut kini mempunyai lapan murid dan dijangka kehilangan empat orang menjelang September 2027 apabila mereka menamatkan pembelajaran di Tahun 6.