KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,681 kes salah laku buli direkodkan dalam pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, peningkatan kes berkenaan perlu dilihat daripada beberapa sudut, termasuk peningkatan kesedaran dan keberanian mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan."Ia turut didorong kesediaan pihak pentadbiran sekolah melaporkan kejadian secara telus tanpa menyembunyikan kes demi menjaga nama baik institusi berkenaan."Perubahan landskap pelaporan ini juga berlaku secara mendadak sejak pewartaan dan penguatkuasaan Akta Anti Buli 2026," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Rabu.Dalam usaha menangani buli dan salah laku disiplin, Fadhlina menjelaskan, KPM turut memperkukuh aspek keselamatan sekolah menerusi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) secara berperingkat.Menurutnya, sebanyak RM3 juta diperuntukkan pada 2025 bagi pemasangan CCTV di 200 sekolah, sebelum peruntukan meningkat kepada RM5 juta untuk 330 sekolah.Selain itu peruntukan sebanyak RM15 juta pula disediakan pada 2027 bagi melengkapkan pemasangan CCTV di sekolah yang memerlukannya."Lokasi pemasangan ditentukan berdasarkan nasihat teknikal pihak pejabat ketua pegawai keselamatan kerajaan bagi memastikan keseimbangan antara aspek keselamatan serta pemelihaaraan privasi murid."KPM juga telah menempatkan 300 pembantu warden asrama pada 2026 untuk menjalankan rondaan malam secara fokus dan jumlah ini akan ditingkatkan kepada 500 orang pada 2027 berikutan keberkesanan mencegah buli," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memaklumkah, KPM dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) turut melatih 562 guru sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Latihan itu bertujuan jelasnya, bagi membolehkan audit keselamatan sekolah dilaksanakan, termasuk di kawasan berisiko seperti tandas tersorok dan lokasi yang mempunyai pencahayaan kurang memuaskan.
[VIDEO] 5,681 kes buli direkodkan dalam tempoh lapan bulan – Fadhlina
Key takeaways
Kementerian Pendidikan merekodkan 5,681 kes buli dalam lapan bulan pertama tahun ini, yang dikaitkan dengan peningkatan kesedaran mangsa dan penguatkuasaan Akta Anti Buli 2026.
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan peningkatan kes buli didorong oleh keberanian mangsa dan saksi untuk membuat laporan.
- KPM memperuntukkan RM3 juta pada 2025 untuk memasang kamera CCTV di 200 buah sekolah.
- Peruntukan pemasangan CCTV dijangka meningkat kepada RM5 juta untuk 330 sekolah dan RM15 juta pada 2027.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Eksport Pahang catat RM10.95 bilion dalam lapan bulan
- Sinar Harian [VIDEO] 5,681 kes buli direkodkan dalam tempoh lapan bulan – Fadhlina (this story)








