HULU KELANG: Demi mempertahankan prinsip menutup aurat selepas berhijrah, seniwati Noor Kumalasari sanggup menolak tawaran lakonan bernilai lebih RM100,000 yang mensyaratkannya menanggalkan tudung bagi menjayakan watak dalam sebuah drama bersiri.

Noor, 68, berkata keputusan itu dibuat tanpa teragak-agak meskipun tawaran berkenaan menjanjikan bayaran lumayan pada fasa awal penghijrahannya.

Katanya, beliau tidak sanggup menggadaikan pendirian yang dipegang selepas memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah, selain yakin rezeki sudah ditentukan oleh-Nya.

"Memang banyak cabaran dan dugaan di awal penghijrahan saya. Malah, saya pernah dapat satu tawaran besar bernilai lebih RM100,000 untuk menjayakan sebuah drama bersiri.