Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat dengan 1,270 mangsa daripada 344 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima PPS dibuka di Kuala Selangor iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang yang menempatkan 56 mangsa daripada 13 keluarga, selain SK Desa Aman (637 mangsa, 153 keluarga), SK Dato' Maharaja Lela (76 mangsa, 30 keluarga), SK Jaya Setia (46 mangsa, 15 keluarga) dan Sekolah Agama Batu Lapan Ijok (46 mangsa, 14 keluarga).
Empat PPS pula dibuka di Shah Alam yang menempatkan 169 mangsa daripada 39 keluarga di SK Merbau Sempak; Dewan Seri Pagi, Kampung Paya Jaras (74 mangsa, 15 keluarga); Dewan Siantan, Kampung Melayu Subang (50 mangsa, 11 keluarga); dan Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Seksyen U5 (51 mangsa, 13 keluarga).








