Kuala Lumpur: Sejak lima tahun lalu, pengurus kilang Joseph Lee bergelut dengan penyakit diabetes, hipertensi atau tekanan darah tinggi dan obesiti.
Justeru, apabila didiagnosis mengalami masalah buah buah pinggang pada Januari tahun ini, Lee berdepan satu lagi kebimbangan besar dalam hidupnya selain kesihatan, iaitu bagaimana dia dapat terus bekerja untuk menyara keluarga.
Lee, 45, yang menetap di Gombak, Selangor, berdepan kemungkinan perlu menjalani dialisis secara berkala, dan pada masa sama, tetap perlu berulang-alik ke tempat kerja di Selayang, Selangor.
"Tabiat pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, berat badan berlebihan dan tidak cukup rehat menyumbang kepada diabetes serta tekanan darah tinggi yang saya alami," kongsi bapa kepada dua orang anak itu dengan Bernama baru-baru ini.








