KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka berdepan dua cabaran cuaca dalam beberapa bulan akan datang, bermula dengan ancaman banjir akibat hujan lebat sepanjang Monsun Timur Laut (MTL), sebelum kemungkinan cuaca panas dan kering susulan fenomena Super El Nino yang berpotensi mencetuskan kemarau, menjejaskan bekalan air serta mengancam sektor pertanian negara.MTL yang bermula pada 27 Oktober lepas dan dijangka berterusan hingga Mac 2027 diramalkan membawa antara tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan, khususnya dari November hingga Januari, sekali gus meningkatkan risiko banjir, terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai.Kesan awal musim tengkujuh mula dirasai apabila hujan lebat yang melanda ibu negara hampir setiap petang sepanjang minggu lepas menyebabkan beberapa kejadian banjir kilat, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas dan aktiviti harian penduduk.Kejadian banjir turut dilaporkan di beberapa negeri termasuk Perak, Kedah dan Negeri Sembilan, memperlihatkan risiko bencana yang perlu diberikan perhatian serius sepanjang musim tengkujuh kali ini.Bagaimanapun, kedua-dua fenomena cuaca itu tidak semestinya berlaku secara berturutan atau memberikan kesan yang sama di seluruh negara kerana taburan hujan dan peningkatan suhu dipengaruhi oleh faktor geografi serta perubahan musim.Pakar klimatologi, Profesor Emeritus Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, MTL di Semenanjung Malaysia lazimnya mempunyai dua fasa utama, dengan hujan lebat pada fasa pertama tertumpu di pantai timur, khususnya Kelantan dan Terengganu, serta kawasan utara seperti Kedah antara November hingga Disember.Beliau berkata, tumpuan hujan lebat kemudian beralih ke selatan Semenanjung, terutama Johor, serta Sarawak antara Januari hingga Februari.Menurutnya, pergerakan lurah monsun dan luruan monsun yang membawa angin kencang merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada hujan berterusan, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan terbabit.Bagaimanapun, Azizan berkata, pengaruh El Nino yang kuat berpotensi mengurangkan intensiti dan tempoh hujan sepanjang MTL, khususnya pada November dan Disember, sekali gus memungkinkan risiko banjir besar seperti yang berlaku pada 2021 menjadi lebih rendah.Beliau turut menjangkakan bilangan luruan monsun berkurangan daripada kebiasaan tujuh hingga lapan episod kepada sekitar lima hingga enam episod.Keadaan itu juga berpotensi mengurangkan risiko ombak besar, hakisan pantai dan kenaikan paras air laut akibat lonjakan ribut (storm surge) di kawasan pesisir pantai yang menghadap Laut China Selatan.Namun, pakar klimatologi dan perubahan iklim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Fredolin Tangang, mengingatkan bahawa pengurangan purata hujan akibat El Nino tidak bermakna negara akan terhindar daripada banjir kerana kejadian cuaca ekstrem masih berpotensi berlaku."Walaupun secara puratanya MTL menjadi lemah semasa El Nino kuat, ini tidak bermakna kita tidak berdepan dengan fenomena banjir. Ia masih perlu dipantau