KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 12 Disember ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 Nov, manakala pengundian awal pada 8 Dis, dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan serta tarikh-tarikh penting PRN Sarawak di sini, hari ini. – Bernama