ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 18 penerbangan komersial di seluruh Eropah dilaporkan menerima ancaman bom semalam, menyebabkan sebilangan pesawat terpaksa mendarat cemas, mengubah laluan serta menjalani pemeriksaan keselamatan, lapor agensi berita Anadolu.

Insiden membabitkan syarikat penerbangan termasuk Ryanair, Wizz Air, LOT Polish Airlines, Finnair, Jettime, KLM dan Aer Lingus.

Di Perancis, sebuah pesawat Airbus A320 milik Aer Lingus yang dalam perjalanan dari Dublin menuju Rom dilencongkan ke sebuah pangkalan udara di Evreux, Normandy, susulan ancaman bom.

Pesawat membawa 151 penumpang dan enam kru u mendarat dengan selamat sebelum diperiksa pasukan pemusnah bom tentera Perancis.