Petaling Jaya: Tertarik dengan tawaran kerja sambilan mempromosikan bilik hotel secara dalam talian, seorang wanita kerugian RM34,193 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menggunakan WhatsApp.
Menurut sumber, wanita berusia 39 tahun itu menerima tawaran kerja berkenaan menerusi WhatsApp daripada individu pada 29 Oktober lalu.
"Selepas menunjukkan minat, dia diminta mendaftar menerusi pautan laman web Corda.Ltd yang didakwa berdaftar di Singapura sebelum memasukkan nama dan nombor akaun bank bagi tujuan pembayaran komisen.
"Pada 1 November lalu, dia diminta mengakses laman sesawang berkenaan untuk menjalankan tugasan mempromosikan iklan hotel," katanya.








