AMPANG - Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM342,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan kasino yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi aplikasi WhatsApp.Mangsa lelaki berusia 66 tahun itu dikatakan mula menerima mesej daripada individu tidak dikenali pada Ogos lalu yang meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kerugian dalam sebuah syarikat keselamatan siber kasino di Singapura.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, individu terbabit kemudian memperkenalkan tawaran pelaburan kasino kepada mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu berminat untuk menyertainya.Menurutnya, mangsa kemudian membuat beberapa transaksi pembayaran pelaburan berjumlah keseluruhan RM342,000 ke dalam lima akaun bank."Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan berkenaan sehingga kini."Mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu menerusi pelaburan tidak wujud kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pesara rugi RM342,000 terpedaya pelaburan kasino

Key takeaways
Seorang pesara berusia 66 tahun kehilangan RM342,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan kasino melalui WhatsApp.
- Mangsa menerima mesej daripada individu tidak dikenali pada Ogos lalu.
- Dia membuat transaksi sebanyak RM342,000 ke lima akaun bank tanpa menerima keuntungan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan tiada tangkapan dibuat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Pesara rugi lebih RM47,000 ditipu pelaburan kripto
- Utusan Malaysia Pesara guru rugi RM521,787 angkara pelaburan tidak wujud
- Sinar Harian Pesara rugi RM342,000 terpedaya pelaburan kasino (this story)








