Seorang pesara wanita berusia 66 tahun berdepan kerugian RM342,000 selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan kasino dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas kerugian RM342,000 selepas dipercayai terperdaya dengan tawaran pelaburan kasino dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata mangsa, seorang pesara swasta berusia 66 tahun, menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Ogos lepas daripada individu yang meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kerugian dalam sebuah syarikat keselamatan siber kasino di Singapura.

Beliau berkata individu berkenaan kemudian memperkenalkan tawaran pelaburan kasino yang menjanjikan keuntungan sehingga menarik minat mangsa untuk menyertainya.